Wednesday, 8 February 2012


jika kita menyintai seseorang jagalah hatinya
jangan pernah kita sakiti hatinya
rawatlah hatinya dengan cinta yang ada di dalam hatimu
siramilah dengan air asmara,jika hatinya kering

... cinta tidak akan abadi jika antara kita
tidak memiliki rasa perhatian dan pengertiaan
dan cinta akan hancur
jika kau panah dengan busur EGO dan CEMBURU kamu

jagalah hati pasangan kita masing-masing
dengan seluruh jiwa ragamu
bila kita benar-benar mencintainya

dan cinta juga boleh memberikan SEMANGAT
tetapi cinta juga boleh menyakitkan
bila menusuk hati
bahkan sakitnya melebihi tubuh yang tertusuk pisau
kerana cinta telah menyembunyikan pisaunya

jangan sesekali-kali engkau bercinta
bila kau tidak tahu apa erti cinta yang sebenarnya
kerana jika kau tidak tahu apa erti cinta yang sebenarnya
maka bukan cinta abadi yang kau dapatkan
melainkan hanya sakit hati yang mendalam kamu dapat

kerana cinta itu hanya kebahagiaan sesaat
apabila kau tidak tahu erti cinta yang sebenarnya.....♥

Thursday, 1 December 2011

Artis-artis Korea terkacak dan tercantik di dunia nyata!



Baru-baru ini stesen MBC menjalankan soal selidik terhadap 88 artis bagi memilih bintang paling menawan di luar kaca televisyen (TV) – maksudnya dalam kehidupan sebenar!

Segmen dipanggil Carta Sebenar! Penarafan Sendiri Bintang itu mencari siapa yang menjadi pilihan artis K-Pop sebagai bintang lelaki paling kacak dan wanita paling jelita.

Bintang yang berjaya menempatkan diri di kedudukan 5 terbaik lelaki tidak lain tidak bukan ialah anggota Super Junior, Choi Si Won, ketua SS501, Kim Hyun Joong, TOP daripada Big Bang di samping dua anggota 2PM, Taecyeon dan Nichkhun.




choi si won

Kim Hyun Joong




T.O.P



Taecyeon



Nichkhun


Artis wanita yang berada dalam kedudukan teratas pula ialah Yoona daripada Girls Generation (SNSD), anggota termuda Miss A, Suzy serta dua anggota T-ara, Jiyeon dan Qri.





Yoona



Suzy


Jiyeon


Qri


Hasil undian ke atas 88 artis yang terlibat dalam soal selidik itu bagaimanapun akhirnya menempatkan Nichkhun dan Jiyeon sebagai juara kategori masing-masing.






Walaupun keputusan bagi artis lelaki memang sudah diduga namun untuk kategori bintang wanita, pemilihan Jiyeon memang tidak disangka. Apatah lagi dia menewaskan Yoona yang cukup popular dan kerap kali menjadi pilihan artis lelaki.

Namun pertandingan kali ini memang lain daripada yang lain kerana ia memilih bintang yang benar-benar cantik dalam dunia nyata dan bukan hanya kelihatan fotogenik.

Jiyeon ketika mengulas pemilihannya seperti dilaporkan Chosun via Naver mempunyai komen yang menarik; " Saya tak nampak elok dalam kamera. Rasanya saya nampak sama dalam TV tetapi memandangkan saya nampak lebih baik dalam dunia sebenar, datanglah jumpa saya dan lihat sendiri! "

Namun kecantikan memang sesuatu yang subjektif dan bergantung kepada cita rasa orang yang menilainya.

So, peminat-peminat K-pop di luar sana, agak-agaknya siapa pula artis yang cantik dan kacak di mata anda?

ciri ciri playgirl~


Ciri-ciri perempuan Playgirl



Pernah mendegar istilah " Playgirl " ? Jom kenali 6 ciri-ciri playgirl...

1. Menyembunyi Kisah One Night Stand
Bukan hanya menyimpan satu kisah, tetapi banyak lagi. " One night stand " tidak bermakna setia pada satu lelaki sahaja. Sentuhan fizikal yang sedikit ketika bergaul dengan lelaki menjawap bagaimana keakraban seorang playgirl dengan seorang lelaki yang dikaguminya / diingininya, tetapi tidak untuk jangka masa panjang... untuk semalam je kot. :P Murahnya harga dirimu...

2. Seringkali tukar " In relationship " status di Facebook
Bermula dari " single ", " In a relationship ", kemudian ke " It's complicated ". Ini cukup memadai  dia hanyalah seorang perempuan mencari pasangan untuk bersuka-suka sahaja. Walaupun dia cuba untuk mencari yang terbaik, tetapi di mata lelaki... she's a jerk.

3. Bercinta dengan 2 lelaki atau lebih dalam sesuatu masa
Okay! Nih kes main kayu 3... Sebagai contoh, dia tengah date dengan seorang lelaki dalam satu pasukan bola sepak, kemudian pada masa yang lain pulak dengan lelaki lain yakni rakan sepasukan yang sama?? Secara tidak sedar hampir separuh daripada pasukan bola sepak itu dah diajak date.. Perempuan yang #*$&%_$.

4. Memberi Nombor Telefon Mudah
Dah berpunya masih mudah memberi nombor telefon kepada lelaki yang tak dikenali atau ingin berkenalan. Berhati-hatilah, dia masih memberikan respon untuk menarik perhatian lelaki lain, atau mempunyai hubungan sulit.

5. Mudah bermain dengan perasaan
Bayangkanlah apabila hubungan itu intim, tiba-tiba dia pergi tanpa perkataan sahaja memberi kata kepada " Kita dah takde pape hubungan ". Memang sah! dia playgirl.

6. Kemesraan
Untuk mendekati lelaki memerlukan usaha yang lebih kepada pendekatan, dan memerlukan kemesraan. Apabila si playgirl tidak berpuas hati, si playgirl akan pergi dan carik lelaki lain.


7. ______________
- Pandai2la korang nak tambah... sekian.. sekian sekian... dan seterusnya.... hehehe

8 sebab knp perempuan brtdung lebih baek



8 sebab kenapa perempuan bertudung lebih baik




1) Tuntutan agama
- Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu? Rasulullah menjawab, “Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya.

2) Mengurangkan dosa
- Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? Dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?

3) Lebih pintar dan tenang
- Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.

4) Tidak membazir
- Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut dan membazirkan wang membeli shampoo, pewarna mahal atau pergi ke salun.

5) Lebih sopan dan manis
- Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi korang ada value added sebenarnya)

6) Rambut lebih tahan lama dan sihat
- Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampoo pelindung, hakikatnya syampoo itu sendiri mengandungi bahan kimia merosakkan.

7) Menjadikan diri anda “Mahal”
- Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain.

8 ) Lebih dihormati
- Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi

CHORD GITAR~

Apit – Cintaku Dipermainkan

  G
tidakkah engkau tahu sayang
                 Em
betapa kusayang padamu
                         C
kerana kau insan yang kucinta
                 D
untuk selama lamanya

                     G                      Em
tapi di sebaliknya apa yang kauberikan padaku
                        C
kasih dan sayang pun kukenang
                D
pilunya hatiku

             G
kini kau berubah
                   Em
kau tak seperti dulu
                     C
mengapa sayang mengapa
                    D
engkau jadi begini

        G                     Em
kini aku menyesal menyintaimu
                                C
kerna cintaku dipermainkan
                     D
secukup cukupnya

             G            Em
hampa hatiku dalam percintaan
                         C                        D
kau membuatku tidak mahu cinta lagi sayang

               G
mengapa engkau permainkan
              Em
cinta yang sudah kita bina
                             C
kini kau dah tak sayang lagi
                      D
berterus terang padaku

               G
janganlah kau menyiksaku
                  Em
tak sanggup lagi ku menanggung
             C
bukan cinta yang kau beri
           D
terhadap diriku

           G
sakitnya hatiku
            Em
sampainya hatimu
               C
kau tidak melayan diriku
             D
seperti dahulu

G                                          Em
cuba kau rasakan apa yang telah kurasa
                    C
kini pasti kau juga akan
                       D
menyesali cintaku

  G
kini air mata
  Em
ku mula mengalir
                     C
engkau masih belum berubah
           D
engkau tetap sama

                      G
kini aku meminta maaf
                           Em
kerna hatiku dah tertutup
               C             D
untuk dirimu oh sayang

           G
lepaskan aku
        Em
bebaskan aku
         C
pergilah sayang
          D
jangan kembali..
G    Em      C   D
lagi..laaa laaaa laaa
                        G
cintaku dipermainkan

bila org jahil berbicara


 
Disebuah restoran mahal...
Seorang gadis bertudung makan
seorang diri...
... tiba-tiba datang sekumpulan
remaja duduk di meja sebelah..

Seorang gadis dari kumpulan
itu berkata :
"gadis kampung mana pulak
datang restoran mahal cmne
pastu makan guna tangan pulak
tu...ne mesti tak reti nak pakai
sudu dan garfu kan.."

Seorang anak muda pulak
menyampuk:
"ish...muka cantik..tapi makan
sampai licin pinggan..malu doh
kalau aku jadi bf dia..kalau awek
aku makan x sampai separuh
pinggan..diet katakan..nak jaga
badan...."

Seorang lagi berkata :
"eww..tengok tu...sampai menjilat
jari dowh..geli aku...pengotor
rupanya awek ne..."..

Kemudian datang seorang lelaki
yang tidak dikenali ke arah
kumpulan remaja tu...

Lelaki tu berkata:
✔Gadis bertudung itu makan
guna tangan kerana ikut sunnah
Rasulullah s.a.w. bukan kerana
dia gadis kampung.
✔Gadis bertudung itu makan
sampai licin kerana dia tak ikut
nafsu untuk membazir, bukan
kerana dia tidak malu
✔Gadis bertudung itu makan
sampai menjilat jari kerana ikut
sunnah Rasulullah s.a.w, bukan
kerana dia pengotor"

hIjAb ~


              >> AURAT DENGAN IPAR..JANGAN AMBIL MUDAH <<

Firman Allah dalam surah an-Nur (b...
ermaksud) :
“Dan JANGANLAH mereka (yakni perempuan-perempuan beriman) memperlihatkan PERHIASAN TUBUH mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan”.
(Surah An-Nur : 31)

Di dalam ayat di atas, Allah MELARANG wanita-wanita BERIMAN mendedahkan perhiasan dalaman mereka kepada KAUM LELAKI kecuali beberapa orang berikut :
✿~ Suami
✿~ Bapa kandung
✿~ Bapa mertua
✿~ Anak lelaki kandung
✿~ Anak lelaki tiri
✿~ Saudara kandung
✿~ Anak-anak saudara
✿~ Sama-sama wanita
✿~ Di hadapan hamba-hamba mereka
✿~ Orang gaji lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
✿~ Kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan

>>> Jadi adik ipar lelaki yang telah BALIGH tidak termasuk senarai mahram, maka WAJIB DITUTP AURAT apabila bersama mereka walaupun di dalam rumah sendiri..mereka sama seperti LELAKI AJNABI, wajib memakai tudung dan menutup aurat KESELURUHANNYA..♥♥♥