Saturday, 26 May 2012

INGINKAN SEORANG TEMAN....


BAB 1:
Aku seorang yang gemuk ketika aku berusia 8tahun sehinggalah aku berusia 11 tahun.aku tidak mempunyai ramai kawan.tidak ada sesiapa pun yang berminat hendak berkawan denganku kerana saiz badan aku yang berukuran saiz xl.Aku benci mereka semua.Jika hendak berkawan caranya bukan memilih dengan melihat paras rupa.Aku sunyi,tiada sesiapa yang mengambil berat tentang ku.Ibu bapa aku sibuk dengan kerja mereka sehingga tiada masa untuk diluangkan bersama.Walaupun aku mempunyai empat orang adik-beradik,tetapi mereka sering melakukan urusan masing-masing.Pada satu hari kak Imah merangkap kakak saudaraku menghubungi aku,dia menceritakan pengalaman bercuti bersama kawannya.Aku tiba-tiba sahaja menitiskan airmata,teresak esak aku menahan tangisan.
''kau okay?Kenapa kau menangis?''tanya kak Imah dengan nada suara yang cemas.
''Aku cemburu mendengar pengalaman kau bersama kawan kau,aku juga mahu mempunyai kawan seperti kau.''jawab ku teresak esak.
''Hurm,aku boleh membantu kau untuk mencari kawan.''
''Bagaimana?''
''kau boleh mencari kawan dilaman sosial 'facebook'.''
Ketika itu aku binggung.apakah itu 'facebook' yang di katakan oleh kakak saudara kesayanganku itu.Dia menerangkan kepada ku satu persatu.aku mulai faham,ketika itu aku berharap agar aku mempunyai kawan dengan cara yang kak Imah cadangkan itu.
                Kemudian,kak Imah datang ke rumah ku untuk membantu aku.Aku sentiasa ada di rumah dan aku sentiasa ada masa terluang kerana aku telah selesai berperang dengan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).Tiba sahaja kak Imah di rumah ku,kami memulakan projek dengan menikmati coklat cadbury.Setelah selesai menjamah coklat yang cair dimulut sebentar tadi,kak Imah membuka komputer riba ku.Beberapa minit kemudian,''tadaaaa!dah siap!''kak Imah melaungkan jeritannya dengna penuh semangat,maklumlah ketika itu aku dan kak Imah sahaja yang ada di dalam rumah itu .jadi kami yang berkuasa dan mengawal rumah itu sesuka hati.Misi pertama sudah selesai,sekarang aku hanya tinggal memuat masuk gambar aku dan menambah kawan di laman sosial itu.Ramai juga kawan kawan sekelas ku yang mempunyai 'facebook',aku sahaja yang baru tahu.Ketinggal zaman betul aku ini,bak kata orang ''kuno''apa-apa sahaja lah .
                 Kini,aku sudah mempunyai ramai kawan di alam maya 'facebook'.Aku cukup menghargai pertolongan  kakak saudara ku.Aku tidak tahu bagaimana hendak membalas pertolongannya kepadaku.Kak Imah meminta izin untuk pulang  kerana ada sedikit urusan yang belum di selesaikan lagi.Aku menemaninya sehingga ke muka pintu ,selepas kak Imah menghidupkan enjin keretanya dan melambaikan tangan kearahku,aku membalas dengan senyuman dan menucapakan terima kasih.Keretanya mulai mengecil  dari pandangan mataku,dan kini sudah tidak kelihatan.Aku  pun melangkanh masuk ke rumah dengan tergesa-gesa dengan bertujuan hendak melayari laman sosial yang telah disiap sediakan oleh kakak saudara yang telah ku angkap seperti kakak ku sendiri.
                 1bulan kemudian...
                 Hampir setiap hari aku menghabiskan masa yang terluang dengan melayari 'facebook'.Rutin harianku kini telah berubah,selepas sahaja selesai solat subuh aku terus mula membuka komputer riba kesayangan ku untuk melayari internet.Jika sehari aku tidakmelayari 'facebook' aku sudah tidak boleh duduk diam.Dari pagi sehingga ke tengah malam,aku tidak henti-henti melayari 'facebook'.Waktu makan aku hanya pada waktu pagi dan pada waktu tengahari,pada waktu yang selainnya aku menghabiskan masa melayan kawan-kawan ku di alam maya 'facebook' itu.Aku akan berhenti melayari 'facebook' jika laungan Azan berkummandang ,kerana tiba masanya untuk aku menunaikan solat.
               1bulan sudah berlalu,kini telah masuk musim cuti sekolah.Tiba masanya aku mahu menimbang berat badanku.''Biar betul apa yang aku lihat ini?''bisik ku didalam hati.
 ''Aaaaaaaaaa!kini aku mempunyai badan yang bersaiz L!"jeritku.
Patutlah kawan-kawan yang sering mengejek ku kini ingin menjadi kawan baikku.......
(aku dah x ad idea nak sambung cerita ni,,jadi tergantung pulak dah -.- ap2 pun layan jela..x nak layan sudah)

Wednesday, 8 February 2012


jika kita menyintai seseorang jagalah hatinya
jangan pernah kita sakiti hatinya
rawatlah hatinya dengan cinta yang ada di dalam hatimu
siramilah dengan air asmara,jika hatinya kering

... cinta tidak akan abadi jika antara kita
tidak memiliki rasa perhatian dan pengertiaan
dan cinta akan hancur
jika kau panah dengan busur EGO dan CEMBURU kamu

jagalah hati pasangan kita masing-masing
dengan seluruh jiwa ragamu
bila kita benar-benar mencintainya

dan cinta juga boleh memberikan SEMANGAT
tetapi cinta juga boleh menyakitkan
bila menusuk hati
bahkan sakitnya melebihi tubuh yang tertusuk pisau
kerana cinta telah menyembunyikan pisaunya

jangan sesekali-kali engkau bercinta
bila kau tidak tahu apa erti cinta yang sebenarnya
kerana jika kau tidak tahu apa erti cinta yang sebenarnya
maka bukan cinta abadi yang kau dapatkan
melainkan hanya sakit hati yang mendalam kamu dapat

kerana cinta itu hanya kebahagiaan sesaat
apabila kau tidak tahu erti cinta yang sebenarnya.....♥