
Baru-baru ini stesen MBC menjalankan soal selidik terhadap 88 artis bagi memilih bintang paling menawan di luar kaca televisyen (TV) – maksudnya dalam kehidupan sebenar!
Segmen dipanggil Carta Sebenar! Penarafan Sendiri Bintang itu mencari siapa yang menjadi pilihan artis K-Pop sebagai bintang lelaki paling kacak dan wanita paling jelita.
Bintang yang berjaya menempatkan diri di kedudukan 5 terbaik lelaki tidak lain tidak bukan ialah anggota Super Junior, Choi Si Won, ketua SS501, Kim Hyun Joong, TOP daripada Big Bang di samping dua anggota 2PM, Taecyeon dan Nichkhun.
![]() |
| choi si won |
Kim Hyun Joong
T.O.P
Taecyeon
Nichkhun
Artis wanita yang berada dalam kedudukan teratas pula ialah Yoona daripada Girls Generation (SNSD), anggota termuda Miss A, Suzy serta dua anggota T-ara, Jiyeon dan Qri.
Yoona
Suzy
Jiyeon
Qri
Walaupun keputusan bagi artis lelaki memang sudah diduga namun untuk kategori bintang wanita, pemilihan Jiyeon memang tidak disangka. Apatah lagi dia menewaskan Yoona yang cukup popular dan kerap kali menjadi pilihan artis lelaki.
Namun pertandingan kali ini memang lain daripada yang lain kerana ia memilih bintang yang benar-benar cantik dalam dunia nyata dan bukan hanya kelihatan fotogenik.
Jiyeon ketika mengulas pemilihannya seperti dilaporkan Chosun via Naver mempunyai komen yang menarik; " Saya tak nampak elok dalam kamera. Rasanya saya nampak sama dalam TV tetapi memandangkan saya nampak lebih baik dalam dunia sebenar, datanglah jumpa saya dan lihat sendiri! "
Namun kecantikan memang sesuatu yang subjektif dan bergantung kepada cita rasa orang yang menilainya.
So, peminat-peminat K-pop di luar sana, agak-agaknya siapa pula artis yang cantik dan kacak di mata anda?








